Tuesday, February 12, 2013

DuLU~permula@n KIT@~


6 April 2011, tarikh dimana saya mula mengenali awak. Saya mengakui silap saya kerana berniat bahawa yang perkenalan kita hanya sementara dan hanya sebagai satu persinggahan cinta monyet saya. Bila sesi persekolah saya bermula saya mula lupakan awak. Saya mula cari pasangan yang baru dan saya tinggalkan awak tanpa sebarang pesanan. Saya tidak pernah membalas sebarang pesanan ringkas awak dan saya tidak pernah sekalipun bertanyakan khabar awak. Kejamkan saya pada awak?
Suatu hari, pada 2 September 2011 awak telah menghubungi saya. Pada waktu itu saya langsung tidak ingat yang 2 September adalah hari lahir awak. Saya cakap yang saya sibuk jadi saya putuskan talian. Saban hari awak sabar untuk menghubungi saya walaupun saya tidak pernah mengangkat panggilan dari awak. Lepas dari kejadian itu, awak langsung tidak berhubung dengan saya.
Sampailah satu hari bila musim cuti sekolah. Awak melayani saya dengan baik walaupun saya dah lama tidak pedulikan awak. Pada saat itu, saya mulai sedar yang saya telah jatuh cinta dengan kebaikan dan sifat sabar awak. Saya tanya awak, kenapa awak telefon saya dulu. Awak bagi tahu saya yang hari tu adalah hari lahir awak tapi saya lupa dan terlalu sibuk. Saya terangkan dekat awak yang saya keliru waktu itu, saya ingat September adalah bulan Sepuluh. Awak gelak waktu tu, gelak awak buat saya lupa yang saya telah sisihkan awak dalam jangka masa yang amat lama. Mulai saat itu, saya telah berjanji bahawa saya akan setia pada awak.
Saban hari saya mula mengenali awak merupakan momen yang terindah dalam hidup saya dan tidak mungkin dapat saya lupakan. Tapi setiap pasangan yang bercinta pasti akan menempuhi saat-saat dimana kesefahaman begitu penting. Saya akui yang saya terlalu bergantung harap pada awak sehingga tidak boleh berpisah dengan awak walau hanya untuk seketika. Sikap kepala angin saya yang tidak menentu selalu menjadi pencetus pergaduhan antara kita. Awak terlalu sabar melayani sikap kepala angin saya sehingga saya beranggapan yang awak tidak mempunyai perasaan dan tidak serius dalam perhubungan kita.
Saya masih ingat yang awak pernah berkata, kalau awak yang tidak sabar dan mengalah dengan saya mesti cinta kita tidak akan kekal. Lagipun, awak tak nak hilang orang yang awak sayang dan yang awak cinta. Saat itu, air mata saya jatuh dengan keluhuran hati awak. Saya pasti yang awak adalah Mr. Right saya, sampai-sampai saya telah berani membina angan-angan untuk hidup bahagia disamping awak. Bahagianya saya waktu itu, setiap janji yang awak buat telah saya simpan kukuh di dalam kotak hati saya dan saya berharap awak akan kotakan janji awak itu.
Benar kata orang-orang zaman dahulu yang mulut begitu manis berbicara dan mulut lebih m anis daripada gula. Disebabkan janji-janji itu, saya sering sakit hati. Awak tidak mampu untuk tunaikan janji itu, awak hanya mampu memungkiri janji itu. Tiap kali awak mungkir janji, saya tetap maafkan awak dan beranggapan yang mungkin awak terlalu sibuk. Apa pun alasan yang awak bagi pasti saya terima walaupun ia tidak masuk akal bagi kawan-kawan saya. Namun bagi saya, hanya saya yang tahu siapa kekasih hati saya dan saya tetap akan percayakan awak meskipun awak telah tipu saya.
Kekasih mana yang tidak kecewa jika tiap kali ajak bersemuka pasti ada ajer alasan~but i trust u

0 comments:

Post a Comment