Friday, December 19, 2014

Again

Assalamualaikum reader semua....

Pukul 4.36pagi aku tetiba rindukan dia. Rindukan crush. Crush yang takkan PERNAH nampak aku 😭😭 serious talk, aku cuba pendam dan tahan perasaan neh tapi ntah kenapa perasaan nie burst jugak malam ni.

Aku bahagia dan happy bila dia balas whatsapp aku even tuk 3 text ja. Admit that, aku jelous bila tengok dia bergaul dengan gurls lain tapi ape hak aku?? Ape istimewanya aku sampai boley jelous macam tu. Sepatutnya aku sedar yang dia, selamanya takkan aku miliki. 😕😕


Thursday, December 11, 2014

Join me in phytoscience

Ini adalah salah satu fighter yang hebat... Baru student tapindaa pakai bmw..

Tuesday, October 28, 2014

How could???

Assalamualaikum readers.....

Cerita sedey...just for fun but lastly someone pikir aku serius nak dekat dia....woooo~😘 aku tak ada hati nk couple okai skunk nie... bagi aku, couple neh useless then skunk aku crush main-main jaa.. benda tak penting...so wat ape pikir...

Friday, October 24, 2014

Asas keusahawanan sem 1

Nie acah-acah nk bukak company sendiri... multi-bee enterprise

Tuesday, September 9, 2014

Sekarang saya bergelar mahasiswi

Assalamualaikum dan hai-hai you oulsss

Salam jaoh dari jeli... skunk aku offocially bergelar sebagai student univeraiti malaysia kelantan...hahaha, alhamdulillah sekurang-kurangnya aku masih diberikan peluang untuk menyambung pelajaran even kat negeri sendiri.... papew pon, aku bersyukur kerana dalam ramai-ramai student lepasan matrikulasi,asasi dan STPM aku masih layak tuk bergelar sebagai mahasiswi... ����

Tuk SNSG....belajar elok-elok semoa...aku ngan che akan usaha the best kitorang....

Wednesday, August 13, 2014
Tuesday, August 12, 2014

Kau harus ku lupakan

Assalamualaikum...

Kenapa orang yang patah hati ni lambat nak jumpa yang baru??

Jawapan dia senang aja, sebab kita sendiri tak pernah mencuba untuk melupakan dia...hey!!! Kalau di pikir-pikir kita semoa neh mampu melupakan sejarah pahit yang kita pernah ada jika kita ada target baru...maksud aku, kita target orang lain sebagai umpan kita nak lupakan dia....

TAPI.......

Semoa tu takkan mudah jika hati korang memang 101% sayang akan mamat senget tu saja...kalau korang tak buka hati korang tuk orang lain, macam mana orang nk dekat dengan korang...semoa ini mudah jika korang benar-benar inginkan benda tu berlaku...ingat!!! Kita boleh melakukan sesuatu yang impossible bagi kita jika kita keep trying and never lose hope...

Saturday, July 5, 2014

Apa akan terjadi nanti??

Assalamualaikum semoa.....

Aku tetiba rasa sedih...semoa neh sebab dia...bila aja aku ingat dia automatik air mata aku mengalir....macam paip air automatik pulak.. aku dah tak tahu sampai bila aku akan hidup dengan perasaan ni... kalau aku hitung dah genap 7tahun aku dengan perasaan neh... setia sangatkah aku dengan pemilik cinta ini??

Bohonglah kalau aku kata aku tak penat...sejujurnya aku sangat penat...sangat lelah dalam menanti cinta dia....lelah dalam melupakan dia...aku dah cuba untuk melupakan dia...tapi aku masih tak mampu..
"Awak,dengarlah suara hati saya...suara hati saya yang selalu menginginkan awak...awak,untuk pertama kalinya tolong toleh kearah saya...lihatlah saya sebagai insan yg boleh awak cintai...amirul aizad tengoklah saya yang sakit kerana mencintai awak...cubalah terima saya,,,saya tak mampu melihat yang lain selain awak..."

saya selalu berdoa pada Allah agar tarik rasa dan perasaan ini jika awak bukan jodoh saya...namun, saya juga mintak kalaulah awak jodoh saya,saya minta pada Allah agar selalu berikan kekuatan pada saya untuk terus menanti awak...agar saya kuat untuk menanti awak yang saya sendiri tidak tahu bila akan saya miliki...

Jika orang kata saya bodoh kerana mencintai awak,saya akan mengiyakan kenyataan tersebut. Sememangnya saya bodoh mencintai awak,mencintai seseorang tanpa sebarang balasan yang positif selama beberapa tahun...tapi saya lagi double triple bodoh jika saya tipu diri saya sendiri yang memaksa hati saya untuk melupakan awak sedangkan saya tak mampu...

Tuesday, July 1, 2014

testing tag orang


Assalamualaikum semua... hai hai, sudah lama tidak bersua kan??

Okay, skunk nie aku nak test tag orang. Kitew nak mintak maaf awal-awal yer kat sesiapa yang tertag nie. Jangan marah yer. *jeng jeng jeng siap ada bunyi kau. Siapakah blogger yang bakal di tag oleh aku. Blogger pertama yang kitew tag ialah encik harith ... "hai hai".

Blogger kedua pula ialah cik teeyfa .. "hai kawan..sorie erk, first day kau berblogging dah kena tag dengan aku" .

Blogger yang terakhir ialah my roomate time matrik dulu.. adik NAS " adik larh sangat kan, apa-apa pown aku bersyukur kenal kau nas..."

selesai sudah proses percubaan. harap-harap tarak ada yang marah erk.. Nk tag ramai-ramai bukan aku kenal semua. Okay lah, tamat sudaa tag mengetag orang neh..okay bhaii

BAB 2


            “Selamanya saya akan menunggu awak Aisya. Saya yakin masanya akan tiba untuk saya muncul dalam hidup awak. Saya akan bahagiakan awak Aisya Humaira itu janji saya. Awak mesti tunggu saya.” Kedengaran satu suara yang tidak jelas bayangannya pada pandangan Aisya. Aisya cuba mendekati namun bayangan itu semakin menjauh dan hilang.
            Aisya terjaga dari mimpi itu. Dia melihat kearah jam loceng yang sudah menunjukkan angka 6 pagi.
            “Astagfirullahalazim. Siapa dia?” tanpa mahu memikirkan siapa gerangan pemilik bayangan itu Aisya terus mandi dan menunaikan solat subuh. Setelah bersiap ala kadar, Aisya segera turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan pagi untuk ahli keluarganya.
            “Awal anak ibu bangun pagi ini? Aisy masak apa untuk pagi ini?” sapa Puan Maimun dengan ramah. Segera dia mengambil tempat di sebelah Aisya. Selang beberapa minit abang-abang Aisya turut sertai mereka bersarapan.
            “Adik,macam mana dengan kedai bunga adik itu? Ramai customer yang datang tak? Kalau tak ramai nanti along tolong beli lah semua bunga adik tu bagi dekat awek along” Tanya Airyl Affan dengan niat untuk mengusik adik kesayangannya itu.
            “Ibu. Tengok along ni. Suka sangat usik Aisy. Kedai Aisy okey je lah. Customer pun boleh tahan ramai. Aisy tak perlukan along untuk beli bunga-bunga aisy tu.” Balas Aisya dengan nada geram.
            “Sudah-sudah tu Airyl Affan, jangan diusik Aisya Humaira tu, nanti merajuk pula adik kamu itu. Kamu pula Airyl Adzim, jangan nak masuk geng. Korang berdua ni, suka sangat usik Aisy. Kesian ibu tengok dia.” Puan Maimun mengusap kepala Aisya dengan penuh kasih sayang.
            “Ibu, kami nak usik siapa lagi kalau bukan Aisy. Aisy tu satu-satunya adik kitorang dan kitorang sayang sangat kat dia. Don’t worry ibu, kami usik-usik jer. Betul tak ngah?” Tanya Affan pada Adzim. Adzim hanya menganggukkan kepala. Puan Maimun hanya mampu tersenyum dengan jawapan anak sulungnya.
            Aisya segera menyambar kunci skuter yang tergantung cantik di dinding rumah. Sebelum berangkat ke kedai, Aisya segera menyalami tangan ibunya yang sedang sibuk menyiram pokok bunga kesayangannya.
             “Ibu tak payah datang kedai dah mulai hari ini. Aisy nak ibu rehat jer dekat rumah. Sekarang ni biar Aisy, along, angah pula yang kerja untuk sara ibu. Okey” ucap Aisya dengan melemparkan senyuman manis agar ibunya takkan membantah. Puan Maimun tersenyum manis dan menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Sebagai balasan, Aisya mencium pipi ibunya dan segera berangkat ke kedai.
            “Selamat datang ke A Florist. Boleh saya bantu Cik?” Aisya menegur pelanggan dengan ramah.
            “Emm, bunga apa yang bos pesan suruh beli tadi. Saya nak sejambak Purple Peacock. Tolong cepat sikit” ucap pelanggan perempuan itu.
            “Cik belikan bunga ini untuk siapa? Mesti someone special kan?” Aisya bertanya sambil tangannya lincah menyiapkan gubahan bunga itu.
            “Azizah,Panggil kak Jie. Bos kak Jie yang suruh belikan. Tak tahu pula akak dia nak bagi kat siapa. Adik ni pemilik kedai ni ke?” jawab Azizah dengan senyuman. Azizah memerhatikan suasana kedai dan tersenyum nipis.
            “Ini bunga akak” Aisya menghulurkan sejambak Purple Peacock kepada Azizah. Aisya memandang Azizah yang berpenampilan elegan. Cantik. Puji Aisya dalam hati. Selesai urusan pembayaran, Azizah tergesa-gesa meninggalkan A Florist, takut jalan sesak.
            Seperti biasa, tepat jam pukul 1 Aisya akan keluar makan tengah hari. Selalunya, Aisya akan makan tengah hari di Gerai Mak Esah. Gerai Mak Esah betul-betul depan kedai bunga Aisya. Aisya bila bab makan, dia dah tak peduli orang sekeliling.
            Selesai menunaikan Solat Zuhur, Aisya segera kembali ke kedainya untuk meneruskan kerja. Dari jauh lagi Aisya melihat kelibat dua orang wanita sedang berdiri di depan pintu kedainya. Aisya mempercepatkan langkah.
            “Hoi!” sergah Aisya. Karmila dan Anita menoleh dengan muka terkejut.
            “Amboi...Dah tak tahu beri salam ke akak Aisy kita?” perli karmila. Anita hanya tersenyum apabila Aisya di sindir oleh karmila. Aisya hanya buat muka tak bersalah.
            “Tak payah nak membebal mak cik oii...Hang marah macam mana pun aku tak takut. Jom masuk, kita borak-borak kat dalam baru best. Kat luar ni panas, kat dalam sejuk sikit” Aisya terus mengajak kawan-kawannya masuk supaya mereka boleh berborak dengan lebih selesa.
            “Kau kerja apa sekarang ni Mila?” Tanya Aisya sambil meletakkan dulang minuman.
            “Aku kerja dengan Nita.” Ujar Karmila sambil menyiku lengan Anita. Aisya membuat isyarat soalan yang sama pada Anita.
            “Aku kerja dengan Mila.” Anita sahaja ingin buat Aisya pening. Aisya memikirkan mereka berdua ni macam tengah menjawab exam. Serius sangat, mana tak kalau dah bersiap dengan mimik-mimik muka sekali.
            “Korang ni, jangan la main ayat-ayat ni. Pening aku. Maksudnya apa?” soal Aisya sambil berpeluk tubuh memandang kedua-dua wanita yang sedang mempermainkan dia. Karmila dan Anita ketawa terkekeh-kekeh.
            “Actually, F.Y.I kitorang sekarang dah jadi rakan kongsi lah. Kitorang kan pernah bagitahu kau yang kitorang nak buka kedai pengantin. Mesti tak ingat tu?” Anita membuat suara sedih manakala Karmila membuat muka sedih.
            “Tahniah korang sebab impian korang nak jadi rakan kongsi dah tercapai. Tak payah nak buat muka sedih-sedih kat kedai aku ni, nanti lari customer aku.” Ucap Aisya dengan gembira.
            “Aisya, kedatangan kitorang sebenarnya nak minta kau jadi pembekal utama untuk kedai kitorang. Maksud aku macam ni, kitorang nak kau yang bekalkan semua bunga-bunga. Boleh tak?” terang Anita dengan penuh semangat.
            “Alhamdulillah, InsyaAllah aku boleh bantu korang. Korang tak payah risau. Aku nak ucap terima kasih sebab beri aku peluang dan terima kasih juga sebab korang sudah percayakan aku.” Ucap Aisya dengan muka yang berseri-seri. Karmila dan Anita turut gembira melihat Aisya gembira.
            “Kami dah sepakat nak bagi peluang ini dekat kau bukan sebab kau kawan kitorang tapi sebab kitorang yakin dengan kemampuan kau. Kami juga berharap dengan kerjasama kita ini akan membuat A Florist dan NM Bridal semakin dikenali ramai.” Jelas karmila.
            “Terima kasih korang.” Luah Aisya sambil memeluk kedua-dua sahabatnya itu.
            “Aisya, Kitorang kena gerak dah ni. Nanti bila kau free,kau mesti datang jenguk-jenguk kedai kitorang. Kitorang tunggu kedatangan kau. Bye Aisy, jumpa nanti.” Aisya menganggukkan kepalanya dan membalas lambaian Anita.
            Dengan kedatangan sahabat tercinta sebentar tadi, Aisya terus bersemangat untuk bekerja lebih gigih. Aisya berangan-angan yang A Florist akan di kenali ramai dan Aisya turut berangan yang dia akan membuka sebuah cawangan baru nanti

p/s : agak-agak aku sempat ker siapkan novel nie...skunk nie mood menulis dah down. chaiyokk..jom berusaha.. XOXO
Thursday, June 19, 2014

sorry

Assalamualaikum semoa...

maaf yer semoa sebab tetiba aku ghaib *ada masalah dengan tab dan internet
so skunk nie aku ngah proses nak tulis sebuah novel. ntah jadi ker tak. kalau ikut perkiraan aku,kalau novel nie boleh jual, aku nak jual biar dapat duit sikit tapi entah larh..semoa macam susah jer. *mengeluh

Whatever it is...skunk nie kita tak payah nak kusut kan pikiran kita kan.. lebih baik bersantai jer dengan family. Aku bosan duduk kat sini tapi biarlah,bukan selalu aku balik duk ngan umie abah. yelah,kan selalu aku duk ngan tok ngan nenek aku kat kampung tu.. dan Abang aku tu pown 2 kali lima jer macam aku..bila dia balik,opekos dia akan pergi duduk ngan sepupu sepapat aku yang belah abah dekat kampung lagi satu..hah!! elok larh tu, adik-beradik dua jer ttapi tak pernah duduk sebumbung.... "kalauu sebumbung pown time aku dah darjah 2...tu pown kejap jer..sebab lepas masuk form 1 aku duk asrama...terpaksa duduk kat kampung"

macam janggal jer aku tulis entry pakai laptop... huarghh..aku rindu tab aku..laptop nie macam besar sangat...dan macam buat otak aku lack of idea...kalau macam tu setakat nie jelah entry untukk kali ini..

Selamat malam semoa....xoxo
Wednesday, June 18, 2014

BAB_1


            “Hoi!!! Kau ni bodoh ke apa?”
            Marah pelanggan perempuan yang tetiba merempuh masuk. Aisya hanya tersenyum memandang pelanggan perempuan itu. Alahai akak ni, muka dah cantik, baju pun lawa tapi sayang, budi bahasa ke laut.
            “iya, cik ada masalah apa tetiba datang marah-marah?”
            “Kau ni pandai baca ke tak? Aku suruh kau hantar bunga ros merah sebanyak 30 tangkai yang fresh dekat alamat ni tapi tadi aku call boyfriend aku, dia kata dia tak terima sebarang jambangan bunga pun!”panjang lebar perempuan tu marah-marah.
            “Saya minta maaf atas kesilapan saya. Nanti saya akan hantar jambangan yang baru untuk boyfriend cik. Tapi sebelum itu, saya nak pastikan yang alamat ini betul.”sambil menghulurkan sekeping kertas.
            “Apesal nak pastikan alamat tu pula. Memang dah sah yang alamat tu betul. Encik Zacky Irham, No. 3 Taman Kristal,Kajang.”tanpa memandang langsung kertas yang dihulur oleh Aisya. Aisya melihat alamat yang tertulis lalu tersenyum.
            “Maaf kak, saya rasa akak dah tersilap tulis alamat tadi. Dekat kertas ni nombor rumah tu bukan 3 tapi 2. Ini salah akak, jadi saya tak boleh nak gantikan jambangan yang dah tersilap hantar tadi”terang Aisya dengan tenang sambil tersenyum manis.Akak tu terus keluar dari A Florist tanpa meminta maaf.
            “Hah, kenapa tadi mak dengar kecoh-kecoh tadi tu Aisy?” tegur Puan Maimun, ibu kepada Aisya.
            “Tak ada apa-apa ibu, tadi tu masalah kecik jer. Customer tu datang marah-marah sebab kita salah hantar bunga yang dia suruh hantarkan tadi, padahal salah dia sendiri, tulis alamat pun boleh salah” omel Aisya lalu meneruskan kerja menyusun yang terbengkalai tadi.
            Puan Maimun hanya menggeleng kepala melihat sikap anak perempuan dia yang teramat dia saying. Alhamdulillah, Aisya membesar dengan baik bersama dua orang lagi abangnya.
            Setelah selesai mengemas semua barang-barang dan memastikan semua suis lampu dan kipas telah ditutup, Aisya mengunci kedainya dan bersedia untuk pulang dengan menaiki skuter putihnya.
                Sesampai jer dekat rumah Aisya terus masuk ke bilik. Selesai mandi dia terus turun ke dapur untuk membantu ibunya memasak.
            “Ibu nak suruh Aisy tolong apa ni?” tanya Aisya sambil mendekati ibunya.
            “Tak payah tolong apa-apa. Anak ibu ni dah penat bekerja dari pagi lagi. Sekarang ni, Aisy tolong panggilkan abang-abang turun makan. Semua dah nak siap ni,tunggu semua turun dan makan jer” Puan Maimun menarik kerusi di sebelah Aisya.
            Aisya segera bangun dan mendekati tangga.
            “Along! Angah ! Ibu panggil makan. Cepat sikit” laung Aisya lantas tersenyum kearah ibunya sambil angkat ‘peace’.
            “Aisy, apalah panggil Along dengan Angah macam tu, dah mari sini duduk kita sama-sama tunggu diorang turun” arah Puan Maimun. Aisya hanya tersengih macam kerang busuk segera duduk di sebelah ibunya.
            Tetiba terdengar hilai tawa si abang-abang tatkala menuruni tangga. Tanpa disuruh,mereka terus menarik kerusi lalu duduk. Aisya yang melihat along dan angahnya macam tak mengendahkan dia terus menarik muka masam. Puan Maimun hanya tersenyum melihat perangai kebudak-budakan Aisya.
            “sudah-sudah bercakap tu, kita makan dulu lepas ni kamu berdua boleh sambung borak lagi” sampuk puan Maimun. Kedua-dua anak lelakinya hanya tersenyum mendengar bebelan ibu mereka. Ketika makan, mereka tidak mempunyai banyak topik yang ingin di bualkan. Aisya selesai makan paling awal sebab kepenatan. Aisya mengucapkan selamat malam untuk ibu dan abang-abangnya lalu masuk ke bilik.
            Aisya merenung jauh ke luar tingkap sambil memeluk tubuh. Dia sedang berfikir tentang sahabat baiknya Anita dan Karmila. Mereka telah ber kawan sejak di sekolah menengah lagi. Tanpa mahu membuang masa, Aisya menghidupkan laptopnya yang terletak elok di atas meja belajarnya. Apa lagi yang dia mahu buat kalau bukan mengupdate blog.
            “Eh, ada orang komen.” Segera Aisya membaca komen daripada Encik Itam,
Best baca blog awak, Kalau sehari tak baca mesti terasa pelik. Whatever is you should keep blogging okay. Kata-kata awak pasal segmen cinta tersangat best, nanti kalau saya ada masalah dalam percintaan saya nak rujuk dekat awak. Boleh? – Encik Itam
            Aisya segera membalas komen Encik Itam.
Terima kasih atas kesudian Encik Itam untuk singgah di blog Aisy yang tak seberapa ni dan jangan risau saya pasti terus berblogging sebab blog ni dah macam bff alam maya saya dah. InsyaAllah,jika saya boleh bantu awak bila awak ada masalah cinta pasti saya akan bantu (^^>)- Aisy Moon
            Setelah membalas komen Encik Itam, Aisy teros menulis semua yang terjadi hari ni, apa perasaan dia dan mood dia. Setelah siap mengupdate blog, dia teros berbaring sambil membaca novel ‘Kurang Asam Punya Bos’ karya Nuroll Shazlinda hairul. Entah pukul berapa Aisya terlena.
            Puan Maimun membuka pintu bilik Aisya dengan perlahan-lahan takut anaknya terjaga. Dia merapati Aisya lalu menyelimutkan Aisya lalu mencium dahi Aisya sebagai tanda selamat malam. Puan Maimun mematikan suis lampu lalu keluar dari bilik Aisya.

p/s: kalau korang rajin, bagi larh komen tentang novel nie...boleh aku perbaiki apa-apa yang lemah tu...mengharap support dari korang semua.. :D
Saturday, June 14, 2014

Menghilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera untukmsemua reader setia blog nie....

Alhamdulillah,hari nie aku boleh menulis untuk entry baru...seriously,aku rindu nak menulis tapi biasa larh hidup nie mesty ada masalah kan...hihi..drop the story about the problems....yesterday...was a memory....

Skunk ngah duk tulis entry neh sambil dengar lagu cakra khan-mengingat dia...hari tu,one of my baby(snsg) ask my blog link....aii cik atifah,dah puas ko stalker aku punyer blog??? Ingat dia sorang jer,rasa-rasa si kalut pown stalker jugak blog aku neh...siap komen aku ada typo lagi... oii,kak nor takkan aku nak check satu-satu kot...biarlah ada salah typing error tu,kita kan manusia opekoss akan buat silap..nie baru sikit...padahal dalam hidup neh kita selalu buat salah....langgar perintah Allah...*aku mengingatkan diri sendiri

My honey bunny,aku skunk nie tengah belajar memasak...even masak yang simple mimple...atleast,aku daa tahu nak masak sup....yeay..congrates for me...nak baking cake tu ngah progress sebab tak tahu mampu tak...hihi...lack of self confident...
Tab buat hal,then aku format...say daadaa kat video,pic ngan lagu favourite aku...huhu,series talk nyesal tak back up kat laptop.... :'( . Biarlah,benda dah berlaku tak boleh nak undur balik aka patah balik....haha...

Pasal masalah hati pulak,masih macam dulu jugak ngah pujuk hati neh...ape yang aku boley buat ialah berdoa...kalau dia jodoh aku,aku harap hati dia akan terbukak untuk aku...dan seandainya sebaliknya,aku berharap yang hati aku mampu dan resha dengan ketentuan Ilahi...kita sebagai khalifah dia hanya mampu merancang dan mengatur tapi kita tak der power nak menentukan semoa yang kota rancang tu akan berjalan lancar...tapi Allah pernah bagitahu yang dia takkan merubah nasib hamba dia melainkan hamba dia sendiri berusaha merubah...dan InsyaAllah,Allah akan membantu dan mengabulkan permintaan kita jika itu yang terbaik (^^>)

Dan aku nak fokus pada impian aku,aku nak hantar umie ngan abah g menunaikan haji...dan aku percaya yang Allah akan bantu anak yang ingin berbakti kepada orang tuanya...sebab selepas apa yang aku lihat,aku sedar yang Allah akan selalu membantu hambanya yang tak pernah putus asa....

P/s: soal hati aku nim,aku hanya boleh bertahan...and if someday,perasaan nie dah hilang..aku harap tu adalah yang terbaik...never lose hope...hihi..nite..xoxo

Tuesday, June 10, 2014

Teringat dia~even sekadar mimpi

Assalamualaikum wahai reader yang aku sayunk semua.....

Kali meh,aku nak meluahkan jer ape yang aku ngah rasa skunk nie....pada pukul 2.11am,10.6.14....aku tetiba teringat kat dia...dia yang selalu berjaya membuat aku menitiskan air mata aku neh...bila aku ingat balik, apa yang aku buat dulu-dulu aku rasa aku neh perempuan yang paling bodoh yaw...bodoh sesangat sebab boleh tangkap cintan ngan lelaki macam tuh....honestly,dia budak yang baik...sebab dia baik larh,aku jadi makin sayang dekat dia....

Bila aku nak give up ngan matrik..dia yang membakar semangat aku balik.... "bakpo seney ngaku kaloh gak....jangei ngaku kaloh dulu....teroskan blaja" tu ayat yang dia kata kat aku...skunk nie,aku dah nk give up dalam berharap cinta dia....ya Allah,,, aku nak sangat kau balikkan hati dia...buat dia ingat aku...terbalikkan perasaan dia..biar dia cinta aku...kalau benda tu berlaku,confirm aku lah manusia yang paling happy...5tahun aku sayang dia diam-diam...dan aku tak sangka sayang tu bertukar menjadi cinta...dan sekarang nie,aku sakit kerana cinta...cinta yang tak pernah berbalas....

Skunk nie,aku hanya berharap sangat yang aku takkan dipertemukan dengan dia sebab kalau perkara tu terjadi,aku tak yakin yang aku akan mampu nak tersenyum lagi macam sekarang...sekarang nie,aku ngah berusaha jadi lebih kuat..tu sebab aku mintak UMS,SABAH...aku berharap ngan mintak study kat sana peratus aku nak jumpa dia tu tipis....aku mungkin nak sangat tengok dia bahagia,tapi adakah aku kuat untuk melihat dia bahagia dengan orang lain??? Benda tu selalu ada kat otak aku neh...sedangkan nak lupakan dia,aku tak mampu..ni kan pulak nk tengok dia dengan orang lain....

Aku pown tak tahu..adakah aku masih mampu untuk melupakan dia?? Dan masih mampukah aku membuka hati aku neh untuk orang lain??? Ntah berapa lama masa yang aku perlukan untuk lupakan dia??? Sedangkan,aku dapat rasakan yang cinta dia semakin tumbuh membesar dalam hati aku seiring dengan peredaran waktu...ya Allah,kuatkan aku....

P/s: beruntung bila kita dah jumpa jodoh kita..dan dia jugak mencintai kita seperti mana kita mencintai dia...hargai jodoh itu,jangan lepaskan dia walaupun kau melihat ada yang lebih bagus di hadapan kau...kerana di hadapanmu itu belom tentu sama seperti dia yg sisimu skunk nie....

Baca novel~ilangkan bosan

Asalamualaikum kepada semua reader yer......

Entry untuk pagi nie,kenape aku tetiba baca novel...jawapannya sebab BOSAN... hari nie cerita fav aku tak ada pastu hujan plak....nak tidoe memang tak larh...petang tadi aku dah bantai tidoe..nasib sedar,kang tak pepasai terlepas asar aku....

Story best pasal hari neh ialah pasal aku masak bubur nasi tadi....haha..ambik resepi sape ntah...tak ingat plak aku...apa yang pasti *minta maaf yer.... aku dah rosakkan resepi dia....aku buat suka suki aku jaa td....rasa sebab terlebih makan halia tu yg petang tadi tidoe macam mandi jer....pas jer semayang asar teros aku mandi...bagi segar sikit badan kan....

Actually,aku ngah pikir nk tulis satu story..tapi ntah tak tahu kenapa tangan ni tak jugak jugak bukak lappy and menulis...hihi...bila ngah menulis pepagi buta macam nie,perot slalu wat hal..ti,e-time nie larh dia nak lapor lerh....weh,aku cam nak makan pizza....huhu...buat sendiri pown best jugak...aku neh bukan pandai masak sangat pown...setakat google resepi pastu cuba-cuba buat tu boleh larh....nk harap aku hafal,,memang tak larh....buku matrik aku pown tak rerajin nyer aku nak baca...sah kan nk hafal.....hihi "terok betoi perangai aku neh"

Monday, June 9, 2014

Kos~

Entry kali nie plak aku nak st0ry mory pasal pemilihan kos untuk aku further study....first choice mesty larh physkologi keluarga dan kanak-kanak....then kos seni kulinari..pastu sains marin...and last komputer....

Psykologi tu sebab aku rasa aku nie ada kelebihan dalam nak mendengar masalah orang lain..aku boley jadi pendengar yang baik..penasihat yang baik pown boleh jugak...tapi kalau orang mintak nasihat,aku bagi tapi dia tak nak dengar...hah!!! Tu yang haru sikit...hahaha..seni kulinari plak sebab aku skunk nie dah macam minat memasak plak...cam best jer...nak masak bubur nasi esok..harap-harap menjadi larh...sains marin tu plak baru jer start minat sejak aku tengok rancangan budjet tuh....wow...laut...cantik siot...so,bila ambik sains marin maybe aku bley buat lesen snorkeling....diving skali..hahaha....and kos paling last tuh komputer....sebab aku tengok subjek tu jer yang aku strong...yang lain hampeh...

"Pesal skunk nie rajin plak aku nak menulis??" Tu soalan yang ngah ada dalam otak aku neh... kalau dulu bukan main pemalas neh nk update blog...skunk nie ntah kenape rajin sesangt plak...huhu...biasa larh,mungkin sebab duk kat kg yang line tak berapa nak ada neh,tu yang terbantut sikit aku punyer aktiviti..kalau tak,selalunya aku layan movie jer...hahaha...rasakan tahap kebosanan yang melanda...

Atleast,dengan aku menulis kat blog neh,hilang sikit rasa bosan tuh. Skunk nie,hati aku yang tak berapa nak ok..kadang-kadang ia happy... dan kadang-kadang ia jadi sedeh dengan tetiba...macam skunk nie... *tetiba teringat first love...aishh!!! Kacau betol larh...berbalik kat topik ary neh, aku berharap sangat yang aku dapat ape yang aku mintak..tapi,jika dikatakan aku tak dapat kos yang aku mintak tu...mungkin ada kos yang lebih baik dan sesuai yang Allah dah tetapkan untuk aku...hihihi..whatever it is... never give up....life must go on....

P/s: even dalam kisah cinta pown...teruskan melangkah,mungkin ada yang lebih baik menanti di hadapan sana..dan pada yang sukar melupakan first love dia macam aku...kita tetap kena cuba untuk kuat melupakan mereka...takkan selamanya kita nak sayang someone yang tak pernah nampak kita..dan tak pernah menghargai kita kan?? *wink wink

Sunday, June 8, 2014

Resultz MATRIK....

Pray to Allah...and say Alhamdulillah...even my results not very excellent,but what most important for me is the results was better than i hope...

Hah!!! Korang mesti pernah rasa gerun...resah gelisah....seram sejuk...kecut perut time nak tahu resultz kan..hahaha...tu larh yang aku rasa 5.6.2014.... kengkawan dari pagi lagi daa check keputusan masing-masing....aku neh,dalam pukul 3 lebih-lebih baru nak check...uhh,time tu tak yah cakap larh...hati neh macam nak pecah jer...and what i got...Alhamdulillah,sekurang-kurangnya aku tak ada fail mane-mane subject...2 subject yang aku memang tak yakin boley buat tu,alhamdulillah lepas-lepas jer...

Skunk nie baru lepas kemaskini UPU... yelah,dah dapat keputusan exam,mestilah nak masuk universiti plak... *honestly,aku jelous giler ngan budak-budak aku (snsg) yang dah masuk U... tapi dah dulu aku tak ada rezeki...matrik jugak rezeki aku...huhu..thanks kolej matrikulasi kedah...a.k.a KMK....kat sana tuh,jangan tak taw..beriban kenangan aku...

Uihh..kat kmk jangan ingat aku neh budak baik-baik yer....semester 1 tuh aku larh kaki ponteng...haha...sc.comp...math...bio...memang acap kali larh aku ponteng...kuliah paling tak pernah aku ponyeng kimia...but,oneday...aku tertido time rehat pukul 1-2 tuh..tak sedar langsong...alamak ponteng aku tak pasai-pasai...huhu..tu first kuliah kimia okay....

Tapi bila daa masuk semester 2..kuliah baru..classmate baru...aku dah jarang ponteng...tapi bila dah nk dekat study week tuh,,,ada r aku ponteng kuliah...sc.comp ngan math....hihi...tutorial paling best ngan sir jef...mdm maziah...lab paling best..lab biology ngan sc.comp....biology lab ngan miss hamidah...cool plus sempoi jer miss midah....huhu...

÷÷p/s: kehidupan kat matrik tak seteruk yang aku pikir dulu...and kalau aku pandai urus masa aku...resultz mungkin lebih baik...tapi,,tu benda daa lepas...skunk kena fokus kat mane aku akan belajar plak nanty....

Thursday, May 22, 2014

sesukar ini ???

Melupakan si cinta hati itu bukan perkara yang mudah. *aku akui statement tuh. Dengan segala harapan dan impian yang kita anyam dalam setiap mimpi mimpi kita, yang kita terlalu menginginkan dia dalam hidup kita.

Situasi sekarang nie, aku masih dalam progress untuk melupakan dia.. Bagi aku, dia cinta pertama aku, cinta pertama yang terlalu aku inginkan, cinta yang terlalu aku ingat yang bial aku tunggu dan tunggu dia,aku akn dapat dia.. and now, i was wrong totally WRONG.. His LOVE will NEVER be mine. *sakit nyer hati aku bila tahu hakikat nie yang cinta dia takkan pernah aku miliki even aku tunggu 10 tahun lagi.


Sekarang aku faham apa yang orang-orang selalu kata yang cinta tak bermaksud memiliki. Even aku terlalu inginkan dia, aku mesti sedar yang cinta dia memang takkan pernah takkan pernah dapat aku miliki.. try lah macam mane pown aku buat, dia memang takkan pernah boleh terima aku lebih daripada seorang kawan. 

Thanks awak...thank you so much sebab selama nie awak telah ajar saya erti SETIA tanpa awak sedar. Saya telah mencintai awak selama ini walau tak dibalas... Mungkin untuk lupakan awak bukan perkara yang mudah tapi saya akan cuba juga.. takkan selamanya saya nak jadi gurl yang tunggu awak yang takkan pernah saya miliki.. Namun, andai suatu saat nanti awak mencintai saya dan saya sudah melupakan awak, saya harap awak takkan jadi macam saya *menunggu dan menunggu~jangan pernah jadi penunggu yang setia sehingga awak lepaskan kebahagiaan yang ada depan mata.

p/s: unrequited lovers...sama-sama kita bangkit dan melupakan cinta itu.. tetapkan dalam hati bahawa akan ada cinta yang terbaik untuk kita..InsyaAllah..keep strong and SMILE

love~urban dictionary

*Entry nie aku google jer bukan taip sendiri pown, just nak berkongsi apa iti cinta. enjoy this entry.
 
 
The most spectacular,indescribable, deep euphoric feeling for someone.

Love is an incredibly powerful word. When you're in love, you always want to be together, and when you're not, you're thinking about being together because you need that person and without them your life is incomplete.

This love is unconditional affection with no limits or conditions: completely loving someone. It's when you trust the other with your life and when you would do anything for each other. When you love someone you want nothing more than for them to be truly happy no matter what it takes because that's how much you care about them and because their needs come before your own. You hide nothing of yourself and can tell the other anything because you know they accept you just the way you are and vice versa.

It's when they're the last thing you think about before you go to sleep and when they're the first thing you think of when you wake up, the feeling that warms your heart and leaves you overcome by a feeling of serenity. Love involves wanting to show your affection and/or devotion to each other. It's the smile on your face you get when you're thinking about them and miss them.

Love can make you do anything and sacrifice for what will be better in the end. Love is intense,and passionate. Everything seems brighter, happier and more wonderful when you're in love. If you find it, don't let it go.
One word frees us of all the weight and pain of life:

That word is love.

-Sophocles

ini yang aku paham (^^>)

Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know your lover when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know your lover when you've let her go
And you let her go

Staring at the bottom of your glass
Hoping one day you will make a dream last
The dreams come slow and goes so fast

You see her when you close your eyes
Maybe one day you will understand why
Everything you touch all it dies

Staring at the ceiling in the dark
Same ol' empty feeling in your heart
Love comes slow and it goes so fast

Well you see her when you fall asleep
But to never to touch and never to keep
Because you loved her to much
And you dive too deep

 

kita hanya menghargai sesuatu bila kita memerlukan sesangat, bila tak perlu kita terus lupakan. Macam tu lah perangai manusia, kita takkan pernah bersyukur dengan apa yang kita miliki sampai suatu masa kita KEHILANGAN sesuatu yang tanpa sedar benda tu terlalu berharga.Aku pernah dicintai sseseorang yang terlalu baik bagi aku tapi aku tak mampu nak membahagiakan dia. Disebabkan satu salah faham dan kebodohan aku sendiri yang gagal kawal marah aku, akhirnya kami berpisah.. And that moment, i just realize that how much i love him...So nasihat aku, korang patut hargai someone yang sayang korang even mak ayah sendiri.. kita tak tahu bila kita akan kehilangan mereka.. hargai mereka dan sayangi mereka (^^>)
Thursday, May 15, 2014

One-side-love

Pernah tak alami one-side-love???? Hari neh aku nak cerita yang aku punyer unrequited love..sakit nyer memang tak terkata...bila cinta nie mula berputik...cinta nie hadir time aku form 1...aku ingat benda neh main main tapi sampai aku form 3,aku masih suka kat dia....dalam masa 3tahun tuh xboleh nk kora...berapa kali aku kena dumped...kene reject...bila dia pindah skolah,aku ingat semua akan okay...tapi tak...even aku couple dengan orang lain...hati aku tetap memilih dia...sampailah satu hari,aku dapat tahu yang dia daa couple...time tu aku SPM...memang terok aku rasa...tapi aku pujuk hati dengan kata...asalkan dia bahagia,aku akan tumpang gembira....then aku masuk matrik..tetiba aku contact dengan dia balik..aku dapat tahu dia daa SINGLEA....aku punyerlah excited...tapi heppy tu tak kekal sebab untuk sekian kali nyer...dia REJECT aku....kali neh,ayat dia betol betol buat aku sedar.....sedar yang selami nie...dia hanya anggap aku kawan jer dan takkan pernah berubah tittle tuh...semua perkara pasal dia aku padam...dalam hati aku neh,,sikit sikit aku padam..aku simen dengan keceriaan....aku tak tahu kenape aku nie bodoh sangat...menyayangi insan yang tak pernah hargai aku...how fool i am...skunk nie...apa aku perlu buat adalah,teros kuat....tabah...lupakan dia....

"Cinta tak semestinya memiliki,kadang kadang mengalah adalah jalan terbaik untuk semua pihak agar tiada lagi insan yang akan terluka...kadang kadang mengalah itu menjadi simbol yang mengatakan bahawa kita sangat sayangkan dia sehingga sanggup mengorbankan perasaan sendiri...biarkan kita menangis ketika rimdukan dia...sembunyikan tangisan kita hanya kerana kita mahu lihat dia bahagia...untuk awak amirul aizad johana,saya mengalah kerana saya tak sanggup lihat awak menderita...asalkan awak bahagia,sudah mencukupi even bukan saya yang membahagiakan awak (^^>)"