Saturday, July 5, 2014

Apa akan terjadi nanti??

Assalamualaikum semoa.....

Aku tetiba rasa sedih...semoa neh sebab dia...bila aja aku ingat dia automatik air mata aku mengalir....macam paip air automatik pulak.. aku dah tak tahu sampai bila aku akan hidup dengan perasaan ni... kalau aku hitung dah genap 7tahun aku dengan perasaan neh... setia sangatkah aku dengan pemilik cinta ini??

Bohonglah kalau aku kata aku tak penat...sejujurnya aku sangat penat...sangat lelah dalam menanti cinta dia....lelah dalam melupakan dia...aku dah cuba untuk melupakan dia...tapi aku masih tak mampu..
"Awak,dengarlah suara hati saya...suara hati saya yang selalu menginginkan awak...awak,untuk pertama kalinya tolong toleh kearah saya...lihatlah saya sebagai insan yg boleh awak cintai...amirul aizad tengoklah saya yang sakit kerana mencintai awak...cubalah terima saya,,,saya tak mampu melihat yang lain selain awak..."

saya selalu berdoa pada Allah agar tarik rasa dan perasaan ini jika awak bukan jodoh saya...namun, saya juga mintak kalaulah awak jodoh saya,saya minta pada Allah agar selalu berikan kekuatan pada saya untuk terus menanti awak...agar saya kuat untuk menanti awak yang saya sendiri tidak tahu bila akan saya miliki...

Jika orang kata saya bodoh kerana mencintai awak,saya akan mengiyakan kenyataan tersebut. Sememangnya saya bodoh mencintai awak,mencintai seseorang tanpa sebarang balasan yang positif selama beberapa tahun...tapi saya lagi double triple bodoh jika saya tipu diri saya sendiri yang memaksa hati saya untuk melupakan awak sedangkan saya tak mampu...

Tuesday, July 1, 2014

testing tag orang


Assalamualaikum semua... hai hai, sudah lama tidak bersua kan??

Okay, skunk nie aku nak test tag orang. Kitew nak mintak maaf awal-awal yer kat sesiapa yang tertag nie. Jangan marah yer. *jeng jeng jeng siap ada bunyi kau. Siapakah blogger yang bakal di tag oleh aku. Blogger pertama yang kitew tag ialah encik harith ... "hai hai".

Blogger kedua pula ialah cik teeyfa .. "hai kawan..sorie erk, first day kau berblogging dah kena tag dengan aku" .

Blogger yang terakhir ialah my roomate time matrik dulu.. adik NAS " adik larh sangat kan, apa-apa pown aku bersyukur kenal kau nas..."

selesai sudah proses percubaan. harap-harap tarak ada yang marah erk.. Nk tag ramai-ramai bukan aku kenal semua. Okay lah, tamat sudaa tag mengetag orang neh..okay bhaii

BAB 2


            “Selamanya saya akan menunggu awak Aisya. Saya yakin masanya akan tiba untuk saya muncul dalam hidup awak. Saya akan bahagiakan awak Aisya Humaira itu janji saya. Awak mesti tunggu saya.” Kedengaran satu suara yang tidak jelas bayangannya pada pandangan Aisya. Aisya cuba mendekati namun bayangan itu semakin menjauh dan hilang.
            Aisya terjaga dari mimpi itu. Dia melihat kearah jam loceng yang sudah menunjukkan angka 6 pagi.
            “Astagfirullahalazim. Siapa dia?” tanpa mahu memikirkan siapa gerangan pemilik bayangan itu Aisya terus mandi dan menunaikan solat subuh. Setelah bersiap ala kadar, Aisya segera turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan pagi untuk ahli keluarganya.
            “Awal anak ibu bangun pagi ini? Aisy masak apa untuk pagi ini?” sapa Puan Maimun dengan ramah. Segera dia mengambil tempat di sebelah Aisya. Selang beberapa minit abang-abang Aisya turut sertai mereka bersarapan.
            “Adik,macam mana dengan kedai bunga adik itu? Ramai customer yang datang tak? Kalau tak ramai nanti along tolong beli lah semua bunga adik tu bagi dekat awek along” Tanya Airyl Affan dengan niat untuk mengusik adik kesayangannya itu.
            “Ibu. Tengok along ni. Suka sangat usik Aisy. Kedai Aisy okey je lah. Customer pun boleh tahan ramai. Aisy tak perlukan along untuk beli bunga-bunga aisy tu.” Balas Aisya dengan nada geram.
            “Sudah-sudah tu Airyl Affan, jangan diusik Aisya Humaira tu, nanti merajuk pula adik kamu itu. Kamu pula Airyl Adzim, jangan nak masuk geng. Korang berdua ni, suka sangat usik Aisy. Kesian ibu tengok dia.” Puan Maimun mengusap kepala Aisya dengan penuh kasih sayang.
            “Ibu, kami nak usik siapa lagi kalau bukan Aisy. Aisy tu satu-satunya adik kitorang dan kitorang sayang sangat kat dia. Don’t worry ibu, kami usik-usik jer. Betul tak ngah?” Tanya Affan pada Adzim. Adzim hanya menganggukkan kepala. Puan Maimun hanya mampu tersenyum dengan jawapan anak sulungnya.
            Aisya segera menyambar kunci skuter yang tergantung cantik di dinding rumah. Sebelum berangkat ke kedai, Aisya segera menyalami tangan ibunya yang sedang sibuk menyiram pokok bunga kesayangannya.
             “Ibu tak payah datang kedai dah mulai hari ini. Aisy nak ibu rehat jer dekat rumah. Sekarang ni biar Aisy, along, angah pula yang kerja untuk sara ibu. Okey” ucap Aisya dengan melemparkan senyuman manis agar ibunya takkan membantah. Puan Maimun tersenyum manis dan menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Sebagai balasan, Aisya mencium pipi ibunya dan segera berangkat ke kedai.
            “Selamat datang ke A Florist. Boleh saya bantu Cik?” Aisya menegur pelanggan dengan ramah.
            “Emm, bunga apa yang bos pesan suruh beli tadi. Saya nak sejambak Purple Peacock. Tolong cepat sikit” ucap pelanggan perempuan itu.
            “Cik belikan bunga ini untuk siapa? Mesti someone special kan?” Aisya bertanya sambil tangannya lincah menyiapkan gubahan bunga itu.
            “Azizah,Panggil kak Jie. Bos kak Jie yang suruh belikan. Tak tahu pula akak dia nak bagi kat siapa. Adik ni pemilik kedai ni ke?” jawab Azizah dengan senyuman. Azizah memerhatikan suasana kedai dan tersenyum nipis.
            “Ini bunga akak” Aisya menghulurkan sejambak Purple Peacock kepada Azizah. Aisya memandang Azizah yang berpenampilan elegan. Cantik. Puji Aisya dalam hati. Selesai urusan pembayaran, Azizah tergesa-gesa meninggalkan A Florist, takut jalan sesak.
            Seperti biasa, tepat jam pukul 1 Aisya akan keluar makan tengah hari. Selalunya, Aisya akan makan tengah hari di Gerai Mak Esah. Gerai Mak Esah betul-betul depan kedai bunga Aisya. Aisya bila bab makan, dia dah tak peduli orang sekeliling.
            Selesai menunaikan Solat Zuhur, Aisya segera kembali ke kedainya untuk meneruskan kerja. Dari jauh lagi Aisya melihat kelibat dua orang wanita sedang berdiri di depan pintu kedainya. Aisya mempercepatkan langkah.
            “Hoi!” sergah Aisya. Karmila dan Anita menoleh dengan muka terkejut.
            “Amboi...Dah tak tahu beri salam ke akak Aisy kita?” perli karmila. Anita hanya tersenyum apabila Aisya di sindir oleh karmila. Aisya hanya buat muka tak bersalah.
            “Tak payah nak membebal mak cik oii...Hang marah macam mana pun aku tak takut. Jom masuk, kita borak-borak kat dalam baru best. Kat luar ni panas, kat dalam sejuk sikit” Aisya terus mengajak kawan-kawannya masuk supaya mereka boleh berborak dengan lebih selesa.
            “Kau kerja apa sekarang ni Mila?” Tanya Aisya sambil meletakkan dulang minuman.
            “Aku kerja dengan Nita.” Ujar Karmila sambil menyiku lengan Anita. Aisya membuat isyarat soalan yang sama pada Anita.
            “Aku kerja dengan Mila.” Anita sahaja ingin buat Aisya pening. Aisya memikirkan mereka berdua ni macam tengah menjawab exam. Serius sangat, mana tak kalau dah bersiap dengan mimik-mimik muka sekali.
            “Korang ni, jangan la main ayat-ayat ni. Pening aku. Maksudnya apa?” soal Aisya sambil berpeluk tubuh memandang kedua-dua wanita yang sedang mempermainkan dia. Karmila dan Anita ketawa terkekeh-kekeh.
            “Actually, F.Y.I kitorang sekarang dah jadi rakan kongsi lah. Kitorang kan pernah bagitahu kau yang kitorang nak buka kedai pengantin. Mesti tak ingat tu?” Anita membuat suara sedih manakala Karmila membuat muka sedih.
            “Tahniah korang sebab impian korang nak jadi rakan kongsi dah tercapai. Tak payah nak buat muka sedih-sedih kat kedai aku ni, nanti lari customer aku.” Ucap Aisya dengan gembira.
            “Aisya, kedatangan kitorang sebenarnya nak minta kau jadi pembekal utama untuk kedai kitorang. Maksud aku macam ni, kitorang nak kau yang bekalkan semua bunga-bunga. Boleh tak?” terang Anita dengan penuh semangat.
            “Alhamdulillah, InsyaAllah aku boleh bantu korang. Korang tak payah risau. Aku nak ucap terima kasih sebab beri aku peluang dan terima kasih juga sebab korang sudah percayakan aku.” Ucap Aisya dengan muka yang berseri-seri. Karmila dan Anita turut gembira melihat Aisya gembira.
            “Kami dah sepakat nak bagi peluang ini dekat kau bukan sebab kau kawan kitorang tapi sebab kitorang yakin dengan kemampuan kau. Kami juga berharap dengan kerjasama kita ini akan membuat A Florist dan NM Bridal semakin dikenali ramai.” Jelas karmila.
            “Terima kasih korang.” Luah Aisya sambil memeluk kedua-dua sahabatnya itu.
            “Aisya, Kitorang kena gerak dah ni. Nanti bila kau free,kau mesti datang jenguk-jenguk kedai kitorang. Kitorang tunggu kedatangan kau. Bye Aisy, jumpa nanti.” Aisya menganggukkan kepalanya dan membalas lambaian Anita.
            Dengan kedatangan sahabat tercinta sebentar tadi, Aisya terus bersemangat untuk bekerja lebih gigih. Aisya berangan-angan yang A Florist akan di kenali ramai dan Aisya turut berangan yang dia akan membuka sebuah cawangan baru nanti

p/s : agak-agak aku sempat ker siapkan novel nie...skunk nie mood menulis dah down. chaiyokk..jom berusaha.. XOXO