Friday, March 22, 2013

RESULTZ SPM

siapa yang tak sedey la dapat resultz yang terok kan???
so do I!!! 
Aku rasa aku memang budax yang terok giler... 
aku anak yanh telah kecewakan parents aku sendiri!!!! * :( tak ada mood


p/s: Aku memang kecewa tapi bila aku pikir pikir balik mesty ada HIKMAH kenapa
RESULTZ aku terok... mungkin dulu aku suka main jadi sebagai pengajarannya
IALAH jangan main-main ketika menuntut ILMU....
Tuesday, March 5, 2013

YES CAPTAIN


YES cAPTAIn

 
 Citer neh boley dikategorikan sebagai sedih jugak lar coz episode mula-mula lagi si heroin da-jin(Hye Sun)…. sebab kecuain yoon sung( ji jin hee)  ibu heroin mati akibat terluka dan jugak sebab bakteria ketika bersalin… sob..sob L *sedey neh :(
kesian da-jin ibu dyer mati then pastu ayah dyer pulak yang menyusul. S0 SWEET lartu owg cakap sehidup semati… dyer hidop susah dengan membesarkan adik dyer bbo song tapi dia tetap happy go lucky  tu aku makin suka tengok watak dia…:)


ny adik han da-jin (bbo song)

 
nakal jugak budax ney.. dyer punya renungan memang power sampai captain rasa rimas... hihihi :)


Monday, March 4, 2013

◕ᴥ◕ TIPS new LOVE


Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

penunggu RESULTZ


SPM
20 MAC 2013 tarikh resultz akan keluar bedebar giler rase nyer nehtak tahu lah macam mane resultz aku neh.adoy!!!!
Mintax-mintak dapat STRAIHGT A LAh

sape yang tak nak semoa A kan??? Doa aku harap aku dapat cemerlang lah coz nak ubah nasib keluarga aku....