Thursday, June 19, 2014

sorry

Assalamualaikum semoa...

maaf yer semoa sebab tetiba aku ghaib *ada masalah dengan tab dan internet
so skunk nie aku ngah proses nak tulis sebuah novel. ntah jadi ker tak. kalau ikut perkiraan aku,kalau novel nie boleh jual, aku nak jual biar dapat duit sikit tapi entah larh..semoa macam susah jer. *mengeluh

Whatever it is...skunk nie kita tak payah nak kusut kan pikiran kita kan.. lebih baik bersantai jer dengan family. Aku bosan duduk kat sini tapi biarlah,bukan selalu aku balik duk ngan umie abah. yelah,kan selalu aku duk ngan tok ngan nenek aku kat kampung tu.. dan Abang aku tu pown 2 kali lima jer macam aku..bila dia balik,opekos dia akan pergi duduk ngan sepupu sepapat aku yang belah abah dekat kampung lagi satu..hah!! elok larh tu, adik-beradik dua jer ttapi tak pernah duduk sebumbung.... "kalauu sebumbung pown time aku dah darjah 2...tu pown kejap jer..sebab lepas masuk form 1 aku duk asrama...terpaksa duduk kat kampung"

macam janggal jer aku tulis entry pakai laptop... huarghh..aku rindu tab aku..laptop nie macam besar sangat...dan macam buat otak aku lack of idea...kalau macam tu setakat nie jelah entry untukk kali ini..

Selamat malam semoa....xoxo
Wednesday, June 18, 2014

BAB_1


            “Hoi!!! Kau ni bodoh ke apa?”
            Marah pelanggan perempuan yang tetiba merempuh masuk. Aisya hanya tersenyum memandang pelanggan perempuan itu. Alahai akak ni, muka dah cantik, baju pun lawa tapi sayang, budi bahasa ke laut.
            “iya, cik ada masalah apa tetiba datang marah-marah?”
            “Kau ni pandai baca ke tak? Aku suruh kau hantar bunga ros merah sebanyak 30 tangkai yang fresh dekat alamat ni tapi tadi aku call boyfriend aku, dia kata dia tak terima sebarang jambangan bunga pun!”panjang lebar perempuan tu marah-marah.
            “Saya minta maaf atas kesilapan saya. Nanti saya akan hantar jambangan yang baru untuk boyfriend cik. Tapi sebelum itu, saya nak pastikan yang alamat ini betul.”sambil menghulurkan sekeping kertas.
            “Apesal nak pastikan alamat tu pula. Memang dah sah yang alamat tu betul. Encik Zacky Irham, No. 3 Taman Kristal,Kajang.”tanpa memandang langsung kertas yang dihulur oleh Aisya. Aisya melihat alamat yang tertulis lalu tersenyum.
            “Maaf kak, saya rasa akak dah tersilap tulis alamat tadi. Dekat kertas ni nombor rumah tu bukan 3 tapi 2. Ini salah akak, jadi saya tak boleh nak gantikan jambangan yang dah tersilap hantar tadi”terang Aisya dengan tenang sambil tersenyum manis.Akak tu terus keluar dari A Florist tanpa meminta maaf.
            “Hah, kenapa tadi mak dengar kecoh-kecoh tadi tu Aisy?” tegur Puan Maimun, ibu kepada Aisya.
            “Tak ada apa-apa ibu, tadi tu masalah kecik jer. Customer tu datang marah-marah sebab kita salah hantar bunga yang dia suruh hantarkan tadi, padahal salah dia sendiri, tulis alamat pun boleh salah” omel Aisya lalu meneruskan kerja menyusun yang terbengkalai tadi.
            Puan Maimun hanya menggeleng kepala melihat sikap anak perempuan dia yang teramat dia saying. Alhamdulillah, Aisya membesar dengan baik bersama dua orang lagi abangnya.
            Setelah selesai mengemas semua barang-barang dan memastikan semua suis lampu dan kipas telah ditutup, Aisya mengunci kedainya dan bersedia untuk pulang dengan menaiki skuter putihnya.
                Sesampai jer dekat rumah Aisya terus masuk ke bilik. Selesai mandi dia terus turun ke dapur untuk membantu ibunya memasak.
            “Ibu nak suruh Aisy tolong apa ni?” tanya Aisya sambil mendekati ibunya.
            “Tak payah tolong apa-apa. Anak ibu ni dah penat bekerja dari pagi lagi. Sekarang ni, Aisy tolong panggilkan abang-abang turun makan. Semua dah nak siap ni,tunggu semua turun dan makan jer” Puan Maimun menarik kerusi di sebelah Aisya.
            Aisya segera bangun dan mendekati tangga.
            “Along! Angah ! Ibu panggil makan. Cepat sikit” laung Aisya lantas tersenyum kearah ibunya sambil angkat ‘peace’.
            “Aisy, apalah panggil Along dengan Angah macam tu, dah mari sini duduk kita sama-sama tunggu diorang turun” arah Puan Maimun. Aisya hanya tersengih macam kerang busuk segera duduk di sebelah ibunya.
            Tetiba terdengar hilai tawa si abang-abang tatkala menuruni tangga. Tanpa disuruh,mereka terus menarik kerusi lalu duduk. Aisya yang melihat along dan angahnya macam tak mengendahkan dia terus menarik muka masam. Puan Maimun hanya tersenyum melihat perangai kebudak-budakan Aisya.
            “sudah-sudah bercakap tu, kita makan dulu lepas ni kamu berdua boleh sambung borak lagi” sampuk puan Maimun. Kedua-dua anak lelakinya hanya tersenyum mendengar bebelan ibu mereka. Ketika makan, mereka tidak mempunyai banyak topik yang ingin di bualkan. Aisya selesai makan paling awal sebab kepenatan. Aisya mengucapkan selamat malam untuk ibu dan abang-abangnya lalu masuk ke bilik.
            Aisya merenung jauh ke luar tingkap sambil memeluk tubuh. Dia sedang berfikir tentang sahabat baiknya Anita dan Karmila. Mereka telah ber kawan sejak di sekolah menengah lagi. Tanpa mahu membuang masa, Aisya menghidupkan laptopnya yang terletak elok di atas meja belajarnya. Apa lagi yang dia mahu buat kalau bukan mengupdate blog.
            “Eh, ada orang komen.” Segera Aisya membaca komen daripada Encik Itam,
Best baca blog awak, Kalau sehari tak baca mesti terasa pelik. Whatever is you should keep blogging okay. Kata-kata awak pasal segmen cinta tersangat best, nanti kalau saya ada masalah dalam percintaan saya nak rujuk dekat awak. Boleh? – Encik Itam
            Aisya segera membalas komen Encik Itam.
Terima kasih atas kesudian Encik Itam untuk singgah di blog Aisy yang tak seberapa ni dan jangan risau saya pasti terus berblogging sebab blog ni dah macam bff alam maya saya dah. InsyaAllah,jika saya boleh bantu awak bila awak ada masalah cinta pasti saya akan bantu (^^>)- Aisy Moon
            Setelah membalas komen Encik Itam, Aisy teros menulis semua yang terjadi hari ni, apa perasaan dia dan mood dia. Setelah siap mengupdate blog, dia teros berbaring sambil membaca novel ‘Kurang Asam Punya Bos’ karya Nuroll Shazlinda hairul. Entah pukul berapa Aisya terlena.
            Puan Maimun membuka pintu bilik Aisya dengan perlahan-lahan takut anaknya terjaga. Dia merapati Aisya lalu menyelimutkan Aisya lalu mencium dahi Aisya sebagai tanda selamat malam. Puan Maimun mematikan suis lampu lalu keluar dari bilik Aisya.

p/s: kalau korang rajin, bagi larh komen tentang novel nie...boleh aku perbaiki apa-apa yang lemah tu...mengharap support dari korang semua.. :D
Saturday, June 14, 2014

Menghilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera untukmsemua reader setia blog nie....

Alhamdulillah,hari nie aku boleh menulis untuk entry baru...seriously,aku rindu nak menulis tapi biasa larh hidup nie mesty ada masalah kan...hihi..drop the story about the problems....yesterday...was a memory....

Skunk ngah duk tulis entry neh sambil dengar lagu cakra khan-mengingat dia...hari tu,one of my baby(snsg) ask my blog link....aii cik atifah,dah puas ko stalker aku punyer blog??? Ingat dia sorang jer,rasa-rasa si kalut pown stalker jugak blog aku neh...siap komen aku ada typo lagi... oii,kak nor takkan aku nak check satu-satu kot...biarlah ada salah typing error tu,kita kan manusia opekoss akan buat silap..nie baru sikit...padahal dalam hidup neh kita selalu buat salah....langgar perintah Allah...*aku mengingatkan diri sendiri

My honey bunny,aku skunk nie tengah belajar memasak...even masak yang simple mimple...atleast,aku daa tahu nak masak sup....yeay..congrates for me...nak baking cake tu ngah progress sebab tak tahu mampu tak...hihi...lack of self confident...
Tab buat hal,then aku format...say daadaa kat video,pic ngan lagu favourite aku...huhu,series talk nyesal tak back up kat laptop.... :'( . Biarlah,benda dah berlaku tak boleh nak undur balik aka patah balik....haha...

Pasal masalah hati pulak,masih macam dulu jugak ngah pujuk hati neh...ape yang aku boley buat ialah berdoa...kalau dia jodoh aku,aku harap hati dia akan terbukak untuk aku...dan seandainya sebaliknya,aku berharap yang hati aku mampu dan resha dengan ketentuan Ilahi...kita sebagai khalifah dia hanya mampu merancang dan mengatur tapi kita tak der power nak menentukan semoa yang kota rancang tu akan berjalan lancar...tapi Allah pernah bagitahu yang dia takkan merubah nasib hamba dia melainkan hamba dia sendiri berusaha merubah...dan InsyaAllah,Allah akan membantu dan mengabulkan permintaan kita jika itu yang terbaik (^^>)

Dan aku nak fokus pada impian aku,aku nak hantar umie ngan abah g menunaikan haji...dan aku percaya yang Allah akan bantu anak yang ingin berbakti kepada orang tuanya...sebab selepas apa yang aku lihat,aku sedar yang Allah akan selalu membantu hambanya yang tak pernah putus asa....

P/s: soal hati aku nim,aku hanya boleh bertahan...and if someday,perasaan nie dah hilang..aku harap tu adalah yang terbaik...never lose hope...hihi..nite..xoxo

Tuesday, June 10, 2014

Teringat dia~even sekadar mimpi

Assalamualaikum wahai reader yang aku sayunk semua.....

Kali meh,aku nak meluahkan jer ape yang aku ngah rasa skunk nie....pada pukul 2.11am,10.6.14....aku tetiba teringat kat dia...dia yang selalu berjaya membuat aku menitiskan air mata aku neh...bila aku ingat balik, apa yang aku buat dulu-dulu aku rasa aku neh perempuan yang paling bodoh yaw...bodoh sesangat sebab boleh tangkap cintan ngan lelaki macam tuh....honestly,dia budak yang baik...sebab dia baik larh,aku jadi makin sayang dekat dia....

Bila aku nak give up ngan matrik..dia yang membakar semangat aku balik.... "bakpo seney ngaku kaloh gak....jangei ngaku kaloh dulu....teroskan blaja" tu ayat yang dia kata kat aku...skunk nie,aku dah nk give up dalam berharap cinta dia....ya Allah,,, aku nak sangat kau balikkan hati dia...buat dia ingat aku...terbalikkan perasaan dia..biar dia cinta aku...kalau benda tu berlaku,confirm aku lah manusia yang paling happy...5tahun aku sayang dia diam-diam...dan aku tak sangka sayang tu bertukar menjadi cinta...dan sekarang nie,aku sakit kerana cinta...cinta yang tak pernah berbalas....

Skunk nie,aku hanya berharap sangat yang aku takkan dipertemukan dengan dia sebab kalau perkara tu terjadi,aku tak yakin yang aku akan mampu nak tersenyum lagi macam sekarang...sekarang nie,aku ngah berusaha jadi lebih kuat..tu sebab aku mintak UMS,SABAH...aku berharap ngan mintak study kat sana peratus aku nak jumpa dia tu tipis....aku mungkin nak sangat tengok dia bahagia,tapi adakah aku kuat untuk melihat dia bahagia dengan orang lain??? Benda tu selalu ada kat otak aku neh...sedangkan nak lupakan dia,aku tak mampu..ni kan pulak nk tengok dia dengan orang lain....

Aku pown tak tahu..adakah aku masih mampu untuk melupakan dia?? Dan masih mampukah aku membuka hati aku neh untuk orang lain??? Ntah berapa lama masa yang aku perlukan untuk lupakan dia??? Sedangkan,aku dapat rasakan yang cinta dia semakin tumbuh membesar dalam hati aku seiring dengan peredaran waktu...ya Allah,kuatkan aku....

P/s: beruntung bila kita dah jumpa jodoh kita..dan dia jugak mencintai kita seperti mana kita mencintai dia...hargai jodoh itu,jangan lepaskan dia walaupun kau melihat ada yang lebih bagus di hadapan kau...kerana di hadapanmu itu belom tentu sama seperti dia yg sisimu skunk nie....

Baca novel~ilangkan bosan

Asalamualaikum kepada semua reader yer......

Entry untuk pagi nie,kenape aku tetiba baca novel...jawapannya sebab BOSAN... hari nie cerita fav aku tak ada pastu hujan plak....nak tidoe memang tak larh...petang tadi aku dah bantai tidoe..nasib sedar,kang tak pepasai terlepas asar aku....

Story best pasal hari neh ialah pasal aku masak bubur nasi tadi....haha..ambik resepi sape ntah...tak ingat plak aku...apa yang pasti *minta maaf yer.... aku dah rosakkan resepi dia....aku buat suka suki aku jaa td....rasa sebab terlebih makan halia tu yg petang tadi tidoe macam mandi jer....pas jer semayang asar teros aku mandi...bagi segar sikit badan kan....

Actually,aku ngah pikir nk tulis satu story..tapi ntah tak tahu kenapa tangan ni tak jugak jugak bukak lappy and menulis...hihi...bila ngah menulis pepagi buta macam nie,perot slalu wat hal..ti,e-time nie larh dia nak lapor lerh....weh,aku cam nak makan pizza....huhu...buat sendiri pown best jugak...aku neh bukan pandai masak sangat pown...setakat google resepi pastu cuba-cuba buat tu boleh larh....nk harap aku hafal,,memang tak larh....buku matrik aku pown tak rerajin nyer aku nak baca...sah kan nk hafal.....hihi "terok betoi perangai aku neh"

Monday, June 9, 2014

Kos~

Entry kali nie plak aku nak st0ry mory pasal pemilihan kos untuk aku further study....first choice mesty larh physkologi keluarga dan kanak-kanak....then kos seni kulinari..pastu sains marin...and last komputer....

Psykologi tu sebab aku rasa aku nie ada kelebihan dalam nak mendengar masalah orang lain..aku boley jadi pendengar yang baik..penasihat yang baik pown boleh jugak...tapi kalau orang mintak nasihat,aku bagi tapi dia tak nak dengar...hah!!! Tu yang haru sikit...hahaha..seni kulinari plak sebab aku skunk nie dah macam minat memasak plak...cam best jer...nak masak bubur nasi esok..harap-harap menjadi larh...sains marin tu plak baru jer start minat sejak aku tengok rancangan budjet tuh....wow...laut...cantik siot...so,bila ambik sains marin maybe aku bley buat lesen snorkeling....diving skali..hahaha....and kos paling last tuh komputer....sebab aku tengok subjek tu jer yang aku strong...yang lain hampeh...

"Pesal skunk nie rajin plak aku nak menulis??" Tu soalan yang ngah ada dalam otak aku neh... kalau dulu bukan main pemalas neh nk update blog...skunk nie ntah kenape rajin sesangt plak...huhu...biasa larh,mungkin sebab duk kat kg yang line tak berapa nak ada neh,tu yang terbantut sikit aku punyer aktiviti..kalau tak,selalunya aku layan movie jer...hahaha...rasakan tahap kebosanan yang melanda...

Atleast,dengan aku menulis kat blog neh,hilang sikit rasa bosan tuh. Skunk nie,hati aku yang tak berapa nak ok..kadang-kadang ia happy... dan kadang-kadang ia jadi sedeh dengan tetiba...macam skunk nie... *tetiba teringat first love...aishh!!! Kacau betol larh...berbalik kat topik ary neh, aku berharap sangat yang aku dapat ape yang aku mintak..tapi,jika dikatakan aku tak dapat kos yang aku mintak tu...mungkin ada kos yang lebih baik dan sesuai yang Allah dah tetapkan untuk aku...hihihi..whatever it is... never give up....life must go on....

P/s: even dalam kisah cinta pown...teruskan melangkah,mungkin ada yang lebih baik menanti di hadapan sana..dan pada yang sukar melupakan first love dia macam aku...kita tetap kena cuba untuk kuat melupakan mereka...takkan selamanya kita nak sayang someone yang tak pernah nampak kita..dan tak pernah menghargai kita kan?? *wink wink

Sunday, June 8, 2014

Resultz MATRIK....

Pray to Allah...and say Alhamdulillah...even my results not very excellent,but what most important for me is the results was better than i hope...

Hah!!! Korang mesti pernah rasa gerun...resah gelisah....seram sejuk...kecut perut time nak tahu resultz kan..hahaha...tu larh yang aku rasa 5.6.2014.... kengkawan dari pagi lagi daa check keputusan masing-masing....aku neh,dalam pukul 3 lebih-lebih baru nak check...uhh,time tu tak yah cakap larh...hati neh macam nak pecah jer...and what i got...Alhamdulillah,sekurang-kurangnya aku tak ada fail mane-mane subject...2 subject yang aku memang tak yakin boley buat tu,alhamdulillah lepas-lepas jer...

Skunk nie baru lepas kemaskini UPU... yelah,dah dapat keputusan exam,mestilah nak masuk universiti plak... *honestly,aku jelous giler ngan budak-budak aku (snsg) yang dah masuk U... tapi dah dulu aku tak ada rezeki...matrik jugak rezeki aku...huhu..thanks kolej matrikulasi kedah...a.k.a KMK....kat sana tuh,jangan tak taw..beriban kenangan aku...

Uihh..kat kmk jangan ingat aku neh budak baik-baik yer....semester 1 tuh aku larh kaki ponteng...haha...sc.comp...math...bio...memang acap kali larh aku ponteng...kuliah paling tak pernah aku ponyeng kimia...but,oneday...aku tertido time rehat pukul 1-2 tuh..tak sedar langsong...alamak ponteng aku tak pasai-pasai...huhu..tu first kuliah kimia okay....

Tapi bila daa masuk semester 2..kuliah baru..classmate baru...aku dah jarang ponteng...tapi bila dah nk dekat study week tuh,,,ada r aku ponteng kuliah...sc.comp ngan math....hihi...tutorial paling best ngan sir jef...mdm maziah...lab paling best..lab biology ngan sc.comp....biology lab ngan miss hamidah...cool plus sempoi jer miss midah....huhu...

÷÷p/s: kehidupan kat matrik tak seteruk yang aku pikir dulu...and kalau aku pandai urus masa aku...resultz mungkin lebih baik...tapi,,tu benda daa lepas...skunk kena fokus kat mane aku akan belajar plak nanty....