“Selamanya
saya akan menunggu awak Aisya. Saya yakin masanya akan tiba untuk saya muncul
dalam hidup awak. Saya akan bahagiakan awak Aisya Humaira itu janji saya. Awak
mesti tunggu saya.” Kedengaran satu suara yang tidak jelas bayangannya pada
pandangan Aisya. Aisya cuba mendekati namun bayangan itu semakin menjauh dan
hilang.
Aisya
terjaga dari mimpi itu. Dia melihat kearah jam loceng yang sudah menunjukkan
angka 6 pagi.
“Astagfirullahalazim.
Siapa dia?” tanpa mahu memikirkan siapa gerangan pemilik bayangan itu Aisya
terus mandi dan menunaikan solat subuh. Setelah bersiap ala kadar, Aisya segera
turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan pagi untuk ahli keluarganya.
“Awal
anak ibu bangun pagi ini? Aisy masak apa untuk pagi ini?” sapa Puan Maimun
dengan ramah. Segera dia mengambil tempat di sebelah Aisya. Selang beberapa
minit abang-abang Aisya turut sertai mereka bersarapan.
“Adik,macam
mana dengan kedai bunga adik itu? Ramai customer yang datang tak? Kalau tak
ramai nanti along tolong beli lah semua bunga adik tu bagi dekat awek along”
Tanya Airyl Affan dengan niat untuk mengusik adik kesayangannya itu.
“Ibu.
Tengok along ni. Suka sangat usik Aisy. Kedai Aisy okey je lah. Customer pun
boleh tahan ramai. Aisy tak perlukan along untuk beli bunga-bunga aisy tu.”
Balas Aisya dengan nada geram.
“Sudah-sudah
tu Airyl Affan, jangan diusik Aisya Humaira tu, nanti merajuk pula adik kamu
itu. Kamu pula Airyl Adzim, jangan nak masuk geng. Korang berdua ni, suka
sangat usik Aisy. Kesian ibu tengok dia.” Puan Maimun mengusap kepala Aisya
dengan penuh kasih sayang.
“Ibu,
kami nak usik siapa lagi kalau bukan Aisy. Aisy tu satu-satunya adik kitorang
dan kitorang sayang sangat kat dia. Don’t worry ibu, kami usik-usik jer. Betul
tak ngah?” Tanya Affan pada Adzim. Adzim hanya menganggukkan kepala. Puan
Maimun hanya mampu tersenyum dengan jawapan anak sulungnya.
Aisya
segera menyambar kunci skuter yang tergantung cantik di dinding rumah. Sebelum
berangkat ke kedai, Aisya segera menyalami tangan ibunya yang sedang sibuk
menyiram pokok bunga kesayangannya.
“Ibu tak payah datang kedai dah mulai hari
ini. Aisy nak ibu rehat jer dekat rumah. Sekarang ni biar Aisy, along, angah
pula yang kerja untuk sara ibu. Okey” ucap Aisya dengan melemparkan senyuman
manis agar ibunya takkan membantah. Puan Maimun tersenyum manis dan
menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Sebagai balasan, Aisya mencium
pipi ibunya dan segera berangkat ke kedai.
“Selamat
datang ke A Florist. Boleh saya bantu Cik?” Aisya menegur pelanggan dengan
ramah.
“Emm,
bunga apa yang bos pesan suruh beli tadi. Saya nak sejambak Purple Peacock.
Tolong cepat sikit” ucap pelanggan perempuan itu.
“Cik
belikan bunga ini untuk siapa? Mesti someone special kan?” Aisya bertanya
sambil tangannya lincah menyiapkan gubahan bunga itu.
“Azizah,Panggil
kak Jie. Bos kak Jie yang suruh belikan. Tak tahu pula akak dia nak bagi kat
siapa. Adik ni pemilik kedai ni ke?” jawab Azizah dengan senyuman. Azizah
memerhatikan suasana kedai dan tersenyum nipis.
“Ini
bunga akak” Aisya menghulurkan sejambak Purple Peacock kepada Azizah. Aisya
memandang Azizah yang berpenampilan elegan. Cantik. Puji Aisya dalam hati.
Selesai urusan pembayaran, Azizah tergesa-gesa meninggalkan A Florist, takut
jalan sesak.
Seperti
biasa, tepat jam pukul 1 Aisya akan keluar makan tengah hari. Selalunya, Aisya
akan makan tengah hari di Gerai Mak Esah. Gerai Mak Esah betul-betul depan
kedai bunga Aisya. Aisya bila bab makan, dia dah tak peduli orang sekeliling.
Selesai
menunaikan Solat Zuhur, Aisya segera kembali ke kedainya untuk meneruskan
kerja. Dari jauh lagi Aisya melihat kelibat dua orang wanita sedang berdiri di
depan pintu kedainya. Aisya mempercepatkan langkah.
“Hoi!”
sergah Aisya. Karmila dan Anita menoleh dengan muka terkejut.
“Amboi...Dah
tak tahu beri salam ke akak Aisy kita?” perli karmila. Anita hanya tersenyum apabila
Aisya di sindir oleh karmila. Aisya hanya buat muka tak bersalah.
“Tak
payah nak membebal mak cik oii...Hang marah macam mana pun aku tak takut. Jom
masuk, kita borak-borak kat dalam baru best. Kat luar ni panas, kat dalam sejuk
sikit” Aisya terus mengajak kawan-kawannya masuk supaya mereka boleh berborak
dengan lebih selesa.
“Kau
kerja apa sekarang ni Mila?” Tanya Aisya sambil meletakkan dulang minuman.
“Aku
kerja dengan Nita.” Ujar Karmila sambil menyiku lengan Anita. Aisya membuat
isyarat soalan yang sama pada Anita.
“Aku
kerja dengan Mila.” Anita sahaja ingin buat Aisya pening. Aisya memikirkan
mereka berdua ni macam tengah menjawab exam. Serius sangat, mana tak kalau dah
bersiap dengan mimik-mimik muka sekali.
“Korang
ni, jangan la main ayat-ayat ni. Pening aku. Maksudnya apa?” soal Aisya sambil
berpeluk tubuh memandang kedua-dua wanita yang sedang mempermainkan dia.
Karmila dan Anita ketawa terkekeh-kekeh.
“Actually,
F.Y.I kitorang sekarang dah jadi rakan kongsi lah. Kitorang kan pernah bagitahu
kau yang kitorang nak buka kedai pengantin. Mesti tak ingat tu?” Anita membuat
suara sedih manakala Karmila membuat muka sedih.
“Tahniah
korang sebab impian korang nak jadi rakan kongsi dah tercapai. Tak payah nak
buat muka sedih-sedih kat kedai aku ni, nanti lari customer aku.” Ucap Aisya
dengan gembira.
“Aisya,
kedatangan kitorang sebenarnya nak minta kau jadi pembekal utama untuk kedai kitorang.
Maksud aku macam ni, kitorang nak kau yang bekalkan semua bunga-bunga. Boleh
tak?” terang Anita dengan penuh semangat.
“Alhamdulillah,
InsyaAllah aku boleh bantu korang. Korang tak payah risau. Aku nak ucap terima
kasih sebab beri aku peluang dan terima kasih juga sebab korang sudah
percayakan aku.” Ucap Aisya dengan muka yang berseri-seri. Karmila dan Anita
turut gembira melihat Aisya gembira.
“Kami
dah sepakat nak bagi peluang ini dekat kau bukan sebab kau kawan kitorang tapi
sebab kitorang yakin dengan kemampuan kau. Kami juga berharap dengan kerjasama
kita ini akan membuat A Florist dan NM Bridal semakin dikenali ramai.” Jelas
karmila.
“Terima
kasih korang.” Luah Aisya sambil memeluk kedua-dua sahabatnya itu.
“Aisya,
Kitorang kena gerak dah ni. Nanti bila kau free,kau mesti datang jenguk-jenguk
kedai kitorang. Kitorang tunggu kedatangan kau. Bye Aisy, jumpa nanti.” Aisya
menganggukkan kepalanya dan membalas lambaian Anita.
Dengan
kedatangan sahabat tercinta sebentar tadi, Aisya terus bersemangat untuk
bekerja lebih gigih. Aisya berangan-angan yang A Florist akan di kenali ramai
dan Aisya turut berangan yang dia akan membuka sebuah cawangan baru nanti
p/s : agak-agak aku sempat ker siapkan novel nie...skunk nie mood menulis dah down. chaiyokk..jom berusaha.. XOXO
0 comments:
Post a Comment