Wednesday, June 18, 2014

BAB_1


            “Hoi!!! Kau ni bodoh ke apa?”
            Marah pelanggan perempuan yang tetiba merempuh masuk. Aisya hanya tersenyum memandang pelanggan perempuan itu. Alahai akak ni, muka dah cantik, baju pun lawa tapi sayang, budi bahasa ke laut.
            “iya, cik ada masalah apa tetiba datang marah-marah?”
            “Kau ni pandai baca ke tak? Aku suruh kau hantar bunga ros merah sebanyak 30 tangkai yang fresh dekat alamat ni tapi tadi aku call boyfriend aku, dia kata dia tak terima sebarang jambangan bunga pun!”panjang lebar perempuan tu marah-marah.
            “Saya minta maaf atas kesilapan saya. Nanti saya akan hantar jambangan yang baru untuk boyfriend cik. Tapi sebelum itu, saya nak pastikan yang alamat ini betul.”sambil menghulurkan sekeping kertas.
            “Apesal nak pastikan alamat tu pula. Memang dah sah yang alamat tu betul. Encik Zacky Irham, No. 3 Taman Kristal,Kajang.”tanpa memandang langsung kertas yang dihulur oleh Aisya. Aisya melihat alamat yang tertulis lalu tersenyum.
            “Maaf kak, saya rasa akak dah tersilap tulis alamat tadi. Dekat kertas ni nombor rumah tu bukan 3 tapi 2. Ini salah akak, jadi saya tak boleh nak gantikan jambangan yang dah tersilap hantar tadi”terang Aisya dengan tenang sambil tersenyum manis.Akak tu terus keluar dari A Florist tanpa meminta maaf.
            “Hah, kenapa tadi mak dengar kecoh-kecoh tadi tu Aisy?” tegur Puan Maimun, ibu kepada Aisya.
            “Tak ada apa-apa ibu, tadi tu masalah kecik jer. Customer tu datang marah-marah sebab kita salah hantar bunga yang dia suruh hantarkan tadi, padahal salah dia sendiri, tulis alamat pun boleh salah” omel Aisya lalu meneruskan kerja menyusun yang terbengkalai tadi.
            Puan Maimun hanya menggeleng kepala melihat sikap anak perempuan dia yang teramat dia saying. Alhamdulillah, Aisya membesar dengan baik bersama dua orang lagi abangnya.
            Setelah selesai mengemas semua barang-barang dan memastikan semua suis lampu dan kipas telah ditutup, Aisya mengunci kedainya dan bersedia untuk pulang dengan menaiki skuter putihnya.
                Sesampai jer dekat rumah Aisya terus masuk ke bilik. Selesai mandi dia terus turun ke dapur untuk membantu ibunya memasak.
            “Ibu nak suruh Aisy tolong apa ni?” tanya Aisya sambil mendekati ibunya.
            “Tak payah tolong apa-apa. Anak ibu ni dah penat bekerja dari pagi lagi. Sekarang ni, Aisy tolong panggilkan abang-abang turun makan. Semua dah nak siap ni,tunggu semua turun dan makan jer” Puan Maimun menarik kerusi di sebelah Aisya.
            Aisya segera bangun dan mendekati tangga.
            “Along! Angah ! Ibu panggil makan. Cepat sikit” laung Aisya lantas tersenyum kearah ibunya sambil angkat ‘peace’.
            “Aisy, apalah panggil Along dengan Angah macam tu, dah mari sini duduk kita sama-sama tunggu diorang turun” arah Puan Maimun. Aisya hanya tersengih macam kerang busuk segera duduk di sebelah ibunya.
            Tetiba terdengar hilai tawa si abang-abang tatkala menuruni tangga. Tanpa disuruh,mereka terus menarik kerusi lalu duduk. Aisya yang melihat along dan angahnya macam tak mengendahkan dia terus menarik muka masam. Puan Maimun hanya tersenyum melihat perangai kebudak-budakan Aisya.
            “sudah-sudah bercakap tu, kita makan dulu lepas ni kamu berdua boleh sambung borak lagi” sampuk puan Maimun. Kedua-dua anak lelakinya hanya tersenyum mendengar bebelan ibu mereka. Ketika makan, mereka tidak mempunyai banyak topik yang ingin di bualkan. Aisya selesai makan paling awal sebab kepenatan. Aisya mengucapkan selamat malam untuk ibu dan abang-abangnya lalu masuk ke bilik.
            Aisya merenung jauh ke luar tingkap sambil memeluk tubuh. Dia sedang berfikir tentang sahabat baiknya Anita dan Karmila. Mereka telah ber kawan sejak di sekolah menengah lagi. Tanpa mahu membuang masa, Aisya menghidupkan laptopnya yang terletak elok di atas meja belajarnya. Apa lagi yang dia mahu buat kalau bukan mengupdate blog.
            “Eh, ada orang komen.” Segera Aisya membaca komen daripada Encik Itam,
Best baca blog awak, Kalau sehari tak baca mesti terasa pelik. Whatever is you should keep blogging okay. Kata-kata awak pasal segmen cinta tersangat best, nanti kalau saya ada masalah dalam percintaan saya nak rujuk dekat awak. Boleh? – Encik Itam
            Aisya segera membalas komen Encik Itam.
Terima kasih atas kesudian Encik Itam untuk singgah di blog Aisy yang tak seberapa ni dan jangan risau saya pasti terus berblogging sebab blog ni dah macam bff alam maya saya dah. InsyaAllah,jika saya boleh bantu awak bila awak ada masalah cinta pasti saya akan bantu (^^>)- Aisy Moon
            Setelah membalas komen Encik Itam, Aisy teros menulis semua yang terjadi hari ni, apa perasaan dia dan mood dia. Setelah siap mengupdate blog, dia teros berbaring sambil membaca novel ‘Kurang Asam Punya Bos’ karya Nuroll Shazlinda hairul. Entah pukul berapa Aisya terlena.
            Puan Maimun membuka pintu bilik Aisya dengan perlahan-lahan takut anaknya terjaga. Dia merapati Aisya lalu menyelimutkan Aisya lalu mencium dahi Aisya sebagai tanda selamat malam. Puan Maimun mematikan suis lampu lalu keluar dari bilik Aisya.

p/s: kalau korang rajin, bagi larh komen tentang novel nie...boleh aku perbaiki apa-apa yang lemah tu...mengharap support dari korang semua.. :D

0 comments:

Post a Comment