
Jatuh cinta pada ketika usia muda belia , terutama bagi pelajar-pelajar di sekolah menengah adalah dikatakan CINTA MONYET .
Cinta sesama pelajar merupakan peringkat percubaan untuk menguji
perasaan sendiri . Ada yang berkata tak kurang pula yang memendam
perasaan sendiri . Tanda-tanda cinta ialah ingin selalu bersama , kalau
boleh sepanjang masa .
Adengan dua kali ini membuatkan guru menjadi cemas , orang tua kita
bimbang , teman-teman menjadi cemburu . Lantas timbullah tuduhan yang
bukan-bukan bila terserempak dengan pelajar yang dikatakan itu . Ada
pihak menyatakan percintaan di kalangan pelajar sesuatu yang wajar ada
juga yang berpendapat bahawa percintaan itu bakal menggelapkan masa
depan .
CINTA MONYET
ini ialah yang menjadi kebimbangan para guru berpunca daripada beberapa
contoh yang mereka lihat terutama di kalangan pelajar yang prestasi
pelajarannya semakin merosot . Tidak salah rasanya guru menyuarakan
pendapat kerana mereka rasa bertanggungjawab terhadap apa yang menjadi
bimbangannya .
Biasanya keadaan ini kurang di sedari ibu bapa kerana kebanyakkan masa
pelajar dihabiskan di sekolah . Ibu bapa tidak berharap agar anaknya
pulang membawa cinta . Di sini kita boleh lihat bagaimana kedua orang
tua bersusah payah menghantar anda ke sekolah yang menjadikan anda anak
yang baik , pintar dan berjaya . Bagaimana perasaan mereka jika
mengetahui kamu ke sekolah hanya untuk berfoya-foya dengan kekasih ?
Dalam hal ini tidak adil rasanya anda menyakiti perasaan ibu bapa anda .
Lebih baik jangan teruskan pelajaran anda jika cinta mengugat pelajaran
. Anda hanya membuang masa , tenaga dan wang ibu bapa anda denga
sia-sia saja . Dan jika anda ingin untuk berumah tangga dan berkeluarga ,
lebih baik berterus terang tidak sakit mata guru dan tidak sakit mata
ibu bapa anda melihat pelajaran anda terkandas ditengah jalan .
Ampun dan maaf di pinta ,
Andai ada yang terasa . (=
0 comments:
Post a Comment